Rogol: Penganggur dijel 15 tahun, lapan sebat
KOTA BHARU - Seorang penganggur dihukum penjara 15 tahun dan lapan sebatan di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini kerana merogol seorang kanak-kanak perempuan dan seorang remaja berusia 12 dan 13 tahun yang dikenali melalui aplikasi WeChat pada Mei lalu.
Hakim, Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Amirudin Mohamad Rosli, 26, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.
Tertuduh didakwa merogol remaja perempuan berusia 13 tahun dua bulan dan kemudian merogol pula kanak-kanak berusia 12 tahun 11 bulan di sebuah rumah di Kampung Nipah, Bachok, pada jam 1.30 pagi, 24 Mei lalu.
Dia mengulangi perbuatan sama terhadap kedua-dua mangsa di Kampung Chong, Perupok, Bachok pada jam 1.30 pagi, 25 Mei lalu.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Alias
.Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!