Permohonan permit umrah Ramadan 1444H kini dibuka

Gambar hiasan - Foto fail AFP
Gambar hiasan - Foto fail AFP
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Haji dan Umrah (MoHU) Arab Saudi pada Rabu mengumumkan permohonan permit untuk mengerjakan ibadah umrah sepanjang Ramadan 1444H kini dibuka.

Kementerian itu menerusi kenyataan dimuat naik di laman Twitter rasminya berkata, permohonan itu terbuka kepada semua warga Saudi dan warga asing dengan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

"Permohonan hendaklah dibuat melalui aplikasi telefon pintar 'Nusuk' atau 'Tawakkalna' dengan syarat pemohon bebas jangkitan Covid-19 dan bukan kontak rapat kepada mana-mana pesakit Covid-19," katanya.

Kenyataan itu turut menambah bahawa permit umrah bagi warga asing sah laku sehingga 90 hari, di samping mengingatkan para jemaah agar tidak tinggal di Arab Saudi melebihi tempoh berkenaan. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!