Ahli Parlimen Pendang diarah keluar dewan dua hari

Awang - Foto Bernama
Awang - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim diarah keluar dewan selama dua hari oleh Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul pada Rabu.

Tindakan tersebut selepas Awang enggan mendengar arahan Johari untuk tidak mengganggu ucapan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli ketika sesi penggulungan Belanjawan 2023.

“Saya kata kalau menteri tidak beri laluan, Pendang jangan bangkit sebab menteri tidak bagi (tetapi) dia bangkit berkali-kali.



"Saya dah beri amaran, saya dilihat tidak boleh mengawal dewan kerana rakyat nak dengar apa yang kita bincang.

"Sebab itu Pendang, saya rehatkan untuk dua hari, hari ini dan esok (Khamis),” katanya.

Awang sebelum itu dilihat bangkit beberapa kali untuk mencelah ucapan Rafizi (PH-Pandan) bagi mendapatkan penjelasan mengenai peruntukan pembangunan sebelum digelar sebagai badut.

“Pendang kalau nak jadi badut, boleh cari menteri yang lain berucap, bukan masa saya, saya ada perkara penting,” kata Rafizi.

Tindakan itu menyebabkan Awang memohon Johari mengarahkan Rafizi menarik balik perkataan badut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!