Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Surat tular RoS: Sekarang heret Menteri KDN pula - Hishammuddin

08 Mac 2023 | TikTok
A
A
A
BULETIN TIKTOK 8 MAC 2023 Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein turut mempersoal apabila urusan parti melibatkan campur tangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution untuk memberi pengecualian terhadap usul tambahan yang ditolak Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS). Datuk Seri Saifuddin dalam satu kenyataan sebelum ini memaklumkan, KDN memberi pengecualian kepada UMNO daripada pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966, berhubung keputusan usul tambahan tidak mempertanding jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan parti tahun ini. Dalam pada itu, bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar juga turut mengecam presiden dan timbalan presiden UMNO susulan 'pengecualian' yang diberikan kerajaan terhadap parti itu. Artikel: https://bit.ly/3F8vgaCMuzik: Night Rider 87-The Verge dari Artlist.co#BuletinTikTok #SinarHarian