Warga emas lemas ketika memancing

Anggota bomba mengangkat mayat seorang lelaki warga emas yang ditemukan lemas di Kampung Kong Kong Laut pada Rabu.
Anggota bomba mengangkat mayat seorang lelaki warga emas yang ditemukan lemas di Kampung Kong Kong Laut pada Rabu.
A
A
A

PASIR GUDANG - Seorang lelaki warga emas ditemukan lemas ketika memancing di Kampung Kong Kong Laut, Masai pada Rabu.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang, Penolong Penguasa Bomba, Sarhan Akmal Mohamad berkata, pikahnya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.50 pagi.

Menurutnya, lapan anggota bersama dua jentera bergegas ke lokasi kejadian.

"Setibanya jentera di lokasi kejadian mendapati terdapat seorang lelaki dikenali, Abdul Latif Mahmud, 61, dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti memancing.

"Operasi mencari dan menyelamat dilakukan di kawasan mangsa dilaporkan hilang sebelum ditemui pada jarak satu kilometer dari lokasi dia dilaporkan lemas," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurut Sarhan, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!