Bayern singkir PSG

Pemain Bayern meraikan jaringan Choupo-Moting (dua dari kanan) ketika menentang PSG. - Foto EPA
Pemain Bayern meraikan jaringan Choupo-Moting (dua dari kanan) ketika menentang PSG. - Foto EPA
A
A
A

ERIC - Maxim Choupo-Moting menjaringkan gol ketika menentang bekas kelabnya, Paris Saint Germain (PSG) dalam kemenangan 2-0 untuk membawa Bayern Munich mara ke suku akhir Liga Juara-Juara.

Pemain berusia 33 tahun itu yang bermain untuk PSG dari tahun 2018-2020, menjaringkan gol daripada bantuan Leon Goretzka pada minit ke-61 dan pemain gantian Gnabry menjaringkan gol pada minit ke-89 untuk mengesahkan kemenangan agregat 3-0 tuan rumah selepas kemenangan 1-0 di Paris.

Pasukan gergasi Jerman itu memastikan tempat di pusingan lapan terakhir mengakhiri impian Liga Juara-Juara Eropah PSG.

"Pada separuh masa pertama, kami tidak melakukan apa yang kami bincangkan sebelum ini dengan baik. Terdapat terlalu banyak ruang.

"Tetapi, kami bertahan dengan lebih baik pada separuh masa kedua dan berbahaya ketika menguasai bola. Akhirnya, kami berhak untuk menang.

"Jika kita menunjukkan kemahuan maksimum dengan emosi dan kita menggabungkannya dengan kualiti kita maka kita boleh mencapai apa sahaja," kata jurulatih Bayern, Julian Nagelsmann.

Bayern mara ke kelompok lapan terakhir buat kali ke-13 dalam tempoh 15 tahun, manakala PSG perlu menunggu semusim lagi untuk misi menjulang trofi itu buat pertama kali.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!