Anak Ronaldo mula belajar bahasa Arab

Alana dan Bella mula belajar bertutur dalam bahasa Arab.
Alana dan Bella mula belajar bertutur dalam bahasa Arab.
A
A
A

ANAK perempuan Cristiano Ronaldo, Alana dan Bella sedang belajar bertutur dalam bahasa Arab, menurut InstaStory yang dikongsi oleh pasangan pemain Al-Nassr itu, Georgina Rodriguez.

Georgina, yang kini tinggal di Arab Saudi bersama keluarganya, berkongsi video dua anaknya menyanyi dalam bahasa Arab.

"Keluarga saya, keluarga saya, saya sayang ibu saya, saya sayang abang saya," kedua-dua anak Ronaldo itu menyanyi dalam klip video tersebut.

"Anak-anak perempuan kami sudah menyanyi dalam bahasa Arab," kata Georgina memberi kapsyen video dalam bahasa Sepanyol.

Dalam Story Instagram seterusnya, Alana turut menyebut hari dalam bahasa Arab: "Jumaat, Sabtu, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu," sebut gadis berusia lima tahun itu.

"Anak-anak perempuan kami sudah berbahasa Arab," tulis Georgina dalam bahasa Sepanyol.

Georgina menggunakan terjemahan Google untuk memahami apa yang dikatakan oleh anak perempuannya dan dia menyiarkan video teks yang diterjemahkan daripada bahasa Arab ke bahasa Inggeris.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!