Afrika Selatan kecam rejim aparteid Israel

Aktivis pro-Palestin mengecam rejim aparteid Israel yang melakukan penindasan sistematik di Tebing Barat dan Genting Gaza. - Foto Agensi
Aktivis pro-Palestin mengecam rejim aparteid Israel yang melakukan penindasan sistematik di Tebing Barat dan Genting Gaza. - Foto Agensi
A
A
A

JOHANNESBURG - Parlimen Afrika Selatan sebulat suara memutuskan untuk mengendurkan hubungan dengan rejim aparteid Israel sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin.

Parti Kebebasan Nasional (NFP) yang memperkenalkan draf resolusi itu berkata, langkah tersebut sudah tentu mendapat sokongan penuh Nelson Mandela sekiranya pemimpin antiaparteid itu masih hidup.

“Negara Israel dibina melalui pencerobohan, pembunuhan dan melumpuhkan rakyat Palestin. Rejim Zionis telah memulakan aparteid demi mengekalkan kuasa mereka.

“Sebagai orang Afrika Selatan, kami enggan berdiam diri apabila aparteid terus berleluasa,” menurut kenyataan NFP.

Hubungan Afrika Selatan dan Israel tegang sejak beberapa tahun lalu.

Pada 2018, negara itu mempertimbangkan untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel sebagai protes terhadap layanan Tel Aviv terhadap rakyat Palestin. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!