Rahsia 'kertas toyol' Shafiq Afifi

Syafiq Afifi menampilkan aksi cemerlang ketika menentang Penang FC. - Foto MFL
Syafiq Afifi menampilkan aksi cemerlang ketika menentang Penang FC. - Foto MFL
A
A
A

PENJAGA gol Penang FC, Shafiq Afifi Suhaimi muncul pemain terbaik perlawanan ketika membantu pasukannya menyingkirkan Kedah Darul Aman (KDA) FC dalam aksi pusingan pertama Piała FA 2023 pada Rabu.

Penang FC mara apabila menang sepakan penalti 4-3 selepas kedudukan terikat 2-2 dalam aksi di Stadium Darul Aman.

Shafiq Afifi muncul wira dalam sepakan penalti tersebut selepas berjaya menyelamatkan dua sepakan yang diambil oleh Lee Tuck dan Bojan Ciger.

Penjaga gol berusia 23 tahun itu rupa-rupanya mempunyai rahsia disebalik kecemerlangannya menepis dua sepakan penalti tersebut.

Menerusi gambar yang tular di media sosial, Shafiq Afifi membawa 'kertas toyol' di pergelangan tangannya dengan senarai kesemua pemain Kedah yang akan mengambil sepakan penalti termasuk arah sepakan tersebut.

Antara yang kelihatan di kertas tersebut adalah Lee Tuck yang akan menendang ke kiri bawah, Manuel Ott yang akan menendang ke arah kanan bawah dan Ciger yang akan menendang ke kiri.

Tindakan Shafiq Afifi itu menerima pujian daripada penyokong yang menyifatkan penjaga gol itu telah membuat kajian terlebih dahulu untuk menghadapi pasukan KDA FC.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!