Angka korban tanah runtuh di Indonesia meningkat kepada 25

Mangsa memeriksa lokasi kejadian tanah runtuh di wilayah barat Kepulauan Riau, Indonesia. - Foto Xinhua
Mangsa memeriksa lokasi kejadian tanah runtuh di wilayah barat Kepulauan Riau, Indonesia. - Foto Xinhua
A
A
A

JAKARTA - Angka kematian akibat tanah runtuh di wilayah barat Kepulauan Riau, Indonesia meningkat kepada 25, manakala 33 lagi masih hilang, menurut seorang pegawai agensi bencana pada Khamis.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa tragedi tanah runtuh di wilayah terpencil Natuna pada Isnin diteruskan dan jentera berat digunakan untuk menyokong operasi mencari, kata setiausaha agensi pengurusan dan mitigasi bencana Natuna, Syariffuddin Muhammad.

"Daripada 25 mayat, 21 daripadanya telah dikenal pasti. Jumlah mangsa mungkin meningkat dan pencarian masih diteruskan," katanya kepada Xinhua menerusi panggilan telefon.

Kira-kira 1,300 penduduk terpaksa meninggalkan kediaman mereka selepas insiden itu manakala sekitar 100 keluarga akan dipindahkan, kata Ketua Badan Pengurusan dan Mitigasi Bencana Negara, Suharyanto. - Bernama-Xinhua

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!