Dalang seludup warga Myanmar ke Malaysia ditahan
SONGKHLA - Pihak berkuasa Thailand menahan seorang wanita warga tempatan dipercayai dalang sindiket pemerdagangan manusia membabitkan penyeludupan warga Myanmar ke Malaysia.
Wanita berusia 53 tahun itu ditahan di Nonthaburi pada Selasa.
Ketua Siasatan Biro Imigresen Bahagian Ke-6, Pol. Kol. Denchai Charoenyut berkata, siastan awal mendapati wanita itu menerima 17,000 baht daripada setiap warga Myanmar bagi membantu mereka menyeludup masuk ke Malaysia.
"Siasatan juga mendapati wanita itu mengumpul 21 juta baht dalam akaun banknya dalam tempoh enam bulan,” katanya.
Denchai berkata, selain dalang sindiket, pihak berkuasa turut menahan dua lagi anggota sindiket yang berusia 28 dan 43 tahun bagi membantu siasatan. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!