279 kes baharu Covid-19

Gambar hiasan - Foto 123rf
Gambar hiasan - Foto 123rf
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sebanyak 279 kes baharu Covid-19 pada Khamis dengan enam daripadanya merupakan kes import.

Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes pandemik itu di negara ini meningkat kepada 5,006,005.

Menurut portal KKMNOW, tiada kematian akibat Covid-19 dan kes di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead' (BID).

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat wabak itu di Malaysia bertambah kepada 36,967.

Terdapat lima kes ditempatkan di wad unit rawatan rapi (ICU) dan seorang pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!