Ronaldo alami kekalahan pertama bersama Al Nassr

RONALDO FOTO: AFP
RONALDO FOTO: AFP
A
A
A

CRISTIANO Ronaldo mengalami kekalahan pertamanya dalam saingan Liga Pro Saudi bersama Al Nassr apabila tewas 0-1 kepada Al Ittihad pada Jumaat.

Kekalahan itu menyaksikan Al Ittihad memintas Al Nassr untuk berada di kedudukan pertama liga.

Al Nassr tidak pernah kalah dalam lima perlawanan liga mereka sejak penampilan sulung Ronaldo pada 3 Februari dengan keputusan satu seri dan empat kemenangan.

Romarinho menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-80 hasil serangan balas pantas yang dilakukan pasukan tuan rumah tersebut sekali gus mengecewakan pasukan yang diketuai Ronaldo.

Jurulatih Al Nassr, Rudi Garcia mengakui kecewa dengan kekalahan tersebut tetapi tetap cuba posisif dengan corak persembahan pasukannya.

"Kami kecewa kerana kami tidak layak untuk kalah. Al Ittihad menjaringkan gol seperti yang selalu mereka lakukan iaitu dengan serangan balas.

"Liga masih panjang. Kami kini ketinggalan satu mata di belakang Al Ittihad. Namun, saya gembira dengan pasukan saya.

"Kami bermain di stadium sukar di hadapan penonton lawan. Kami bermain dengan personaliti yang hebat," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!