AS Legacy tembusi pasaran global

Alif Syukri (dua dari kanan) menyampaikan anugerah Master Partner Terbaik kepada Sarni Riuilda Rahim (dua dari kiri) pada Makan Malam AS Legacy di Kuala Lumpur, kelmarin.
Alif Syukri (dua dari kanan) menyampaikan anugerah Master Partner Terbaik kepada Sarni Riuilda Rahim (dua dari kiri) pada Makan Malam AS Legacy di Kuala Lumpur, kelmarin.
A
A
A

AS Legacy terus komited untuk mengukuhkan lagi jenama itu di pasaran global.

Pengasasnya, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman berkata, meskipun jenama AS Legacy masih baru namun beliau yakin dapat menaikkan jenama itu ke seantero dunia.

Beliau berkata, impiannya bukan omong kosong kerana AS Legacy semakin hari semakin berani ‘menggeledah’ apa jua bahan yang boleh dijadikan idea untuk produk terbaharu keluaran syarikat tersebut.

“Buktinya kini AS Legacy tampil dengan produk yang bervariasi bukan sahaja produk kesihatan dan kecantikan, malah termasuk juga barangan peralatan rumah.

“AS Legacy menyimpan cita-cita tinggi untuk menjadi pesaing kepada syarikat pengeluar produk kecantikan dan penjagaan multinasional, Unilever Company. Bahkan, kami juga menjanjikan kualiti yang terbaik dengan harga berpatutan,” katanya ketika berucap pada AS Legacy Golden Night Gala Reward Dinner 2019 di sini, kelmarin.

Majlis gilang-gemilang dengan tema hitam dan emas itu dihadiri lebih 1,000 orang termasuk Brunei, Indonesia, Singapura dan juga Australia.

Aliff Syukri berkata, jenama AS Legacy mendapat sambutan yang sangat baik daripada pengguna, bukan sahaja di Malaysia malahan berjaya menembusi pasaran negara jiran seperti Brunei, Singapura, Indonesia dan Australia.

“Di samping menjanjikan kualiti yang terbaik dan harga berpatutan, AS Legacy memberikan kelainan dalam setiap hasil keluaran produknya agar dapat memberi kepuasan kepada semua pengguna,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau turut mengucapkan terima kasih serta penghargaan kepada semua master partner dan mobile partner serta semua pengguna AS Legacy kerana bersama menggembleng tenaga menaikkan jenama itu.

“Diharapkan kejayaan dan kelahiran usahawan baharu yang terus berusaha untuk lebih berjaya di samping dapat menstabilkan kembali ekonomi Malaysia sekali gus merealisasikan perkembangan perniagaan yang sihat serta bebas daripada kekangan kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia secara amnya.

“Peserta terdiri daripada pelbagai latar belakang sosial. Ada doktor, peguam, kontraktor, ibu tunggal dan juga kanak-kanak yang tiada pengalaman dalam bidang perniagaan namun tidak ada apa yang mustahil. Potensi berniaga boleh dipupuk asalkan mempunyai minat dan keazaman yang tinggi, impian utama AS Legacy untuk melahirkan lebih ramai usahawan,” ujarnya.

Majlis disempurnakan Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga, Tan Sri Rozali Ismail dan turut dimeriahkan dengan cabutan bertuah yang menawarkan hadiah seperti motosikal, iPhone dan pakej umrah lima bintang

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!