Arisprop jual produk sejuk beku berkualiti, harga mampu milik
Lumrah orang berniaga yang mahukan keuntungan semata-mata, namun tidak bagi syarikat pembekal makanan sejuk beku, Arisprop Holding Sdn Bhd.
Pengarah Urusannya, Datuk Haris Embong berkata, beliau mahu memastikan orang kurang berkemampuan dan golongan B40 mampu membeli produk sejuk beku yang bermutu dan berkualiti tinggi.
“Antara produk yang dikeluarkan adalah burger ayam, daging, kambing, oblong dan yang paling istimewa adalah burger ayam kampung.
“Saya dulu orang susah, jadi apabila terfikir mahu ceburkan diri dalam perniagaan sejuk beku pada 2018, saya sasarkan produk mampu milik tetapi kualitinya setaraf dengan yang mahal.
“Pada awalnya saya berkecimpung dalam perolehan kerja-kerja landskap, kemudian sektor pembersihan dan pencucian bangunan.
Berdasarkan keuntungan, saya membeli tanah pertanian pada tahun 2015 serta membuka ladang ternakan ayam,” jelasnya kepada Sinar Harian.
“Seperti yang kita tahu, makanan sangat penting, apa-apa yang berlaku sekali pun orang tetap cari makanan. Lagipun, pengeluaran makanan sejuk beku di Malaysia tidak cukup di pasaran.
“Sebelum dipasarkan, kami memberi penekanan kepada penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta memastikan produk itu mendapat pensijilan halal dari badan pensijilan halal yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia,” katanya.
Pernah ditipu
Ditanya mengenai cabaran yang dihadapi oleh Arisprop, Haris memberitahu, beliau pernah mengalami kerugian sebanyak RM450,000 akibat ditipu individu yang mengambil bahan mentah seperti ayam dan daging daripada syarikatnya.
“Saya sangat kecewa apabila mengetahui individu tersebut menipu dan tidak membuat apa-apa bayaran. Pada mulanya saya memang berputus asa kerana jumlah tersebut banyak, namun bangkit kembali.
“Tidak terhenti di situ, jualan syarikat terjejas teruk hingga merosot lebih 50 peratus sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ketika itu banyak syarikat terpaksa gulung tikar namun Arisprop masih dapat bertahan.
“Pandemik Covid-19 memang beri impak yang agak teruk terhadap ekonomi, namun alhamdulillah kami berjaya harunginya tanpa memotong gaji dan membuang pekerja,” ujarnya.
Kata Haris, biasanya untuk mulakan perniagaan gerai burger mereka memerlukan RM7,500 hingga 10,000 sebagai modal perniagaan.
“Jangan risau tentang pengendalian kerana pihak kami akan memberi bimbingan dan latihan. Bagaimanapun, setiap penyertaan perlulah menetapi terma dan syarat yang ditetapkan, mereka yang berminat boleh hubungi Arisprop di talian 012 6263610,” ujarnya.
PROFIL
Nama: Datuk Haris Embong
Umur: 46 Tahun
Jawatan: Pengarah Urusan
Syarikat: Arisprop Holdings Sdn Bhd
Perkhidmatan: Agromakanan
Pendidikan: Master Pengurusan Sains Tanah
Hubungi kami:
- Facebook: Arisprop Holdings Sdn Bhd, Haris Embong
- Instagram: arisprop, aris.burger
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!