Keputusan tuduh mana-mana pihak berdasarkan keterangan, fakta

Jabatan Peguam Negara tegaskan keputusan kenakan pertuduhan terhadap mana-mana orang berdasarkan keterangan serta fakta hasil penyiasatan. Gambar kecil: Idrus
Jabatan Peguam Negara tegaskan keputusan kenakan pertuduhan terhadap mana-mana orang berdasarkan keterangan serta fakta hasil penyiasatan. Gambar kecil: Idrus
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara menegaskan bahawa keputusan untuk mengenakan pertuduhan terhadap mana-mana orang adalah berdasarkan keterangan serta fakta hasil daripada penyiasatan dan bukan atas desakan oleh mana-mana pihak atau faktor lain.

Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dalam kenyataan hari ini memaklumkan, keputusan dibuat dengan adil berdasarkan keterangan dalam kertas siasatan dan tidak memihak kepada sesiapa berlandaskan teras integriti.

Beliau berkata, ini bagi memastikan mangsa, saksi, tertuduh dan orang awam memperoleh keadilan yang sewajarnya selaras dengan bidang kuasa Peguam Negara yang diperuntuk di bawah Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan.

"Jabatan Peguam Negara menafikan tohmahan terhadap wujudnya pendakwaan terpilih, bermotif politik dan penganiayaan terhadap mana-mana individu yang melakukan kesalahan di bawah mana-mana peruntukan undang-undang.

"Sekiranya terdapat keterangan dan bukti kukuh bahawa mana-mana individu telah melakukan kesalahan di bawah mana-mana peruntukan undang-undang, individu tersebut akan didakwa berdasarkan peruntukan undang-undang tanpa mengira status dan latar belakang,” katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan tohmahan berlaku pendakwaan terpilih, bermotif politik dan penganiayaan dalam pendakwaan kes baru-baru ini. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!