KWSP: Pakar cadang caj 1 peratus sahaja jika pinjam RM10,000

Laporan Sinar Harian pada Jumaat. (Gambar kecil: Faisol)
Laporan Sinar Harian pada Jumaat. (Gambar kecil: Faisol)
A
A
A

SHAH ALAM - Pakar ekonomi menyarankan kerajaan menggunakan konsep qardhul hasan dalam pelaksanaan cagaran Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk pinjaman bank agar pencarum tidak dikenakan caj yang tinggi.

Menurut Pensyarah Kanan Perbankan Islam dan Kewangan di Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Dr Mohd Faisol Ibrahim, qardhul hasan bermaksud pencarum KWSP yang meminjam RM10,000 akan dikenakan caj sebanyak satu peratus sahaja daripada jumlah tersebut.

“Perkara ini penting kerana jika tidak dilaksanakan, cagaran wang simpanan KWSP itu akan menyebabkan kadar nisbah khidmat hutang (DSR) meningkat dan memberi persepsi negatif terhadap mereka daripada institusi perbankan lain.

Baca berita penuh di Sinar Premium.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!