PRN: Kes Muhyiddin, sokongan kepada PN akan bertambah

Takiyuddin menyampaikan ucapan semasa Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Kota Bharu kali ke 56 di Kota Bharu yang turut dihadiri Shahidan (dua dari kanan).
Takiyuddin menyampaikan ucapan semasa Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Kota Bharu kali ke 56 di Kota Bharu yang turut dihadiri Shahidan (dua dari kanan).
A
A
A

KOTA BHARU - Tuduhan terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menambahkan lagi sokongan rakyat terhadap gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Setiausaha Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, situasi yang berlaku ketika ini sama sebagaimana reformasi semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan pada 1998 lalu.

"Perkara ini tidak melemahkan parti malah menambahkan lagi kekuatan kami.

"Kami menerima respons yang baik daripada rakyat kerana mereka tahu apa yang berlaku adalah satu rancangan melemahkan PN," katanya semasa sidang akhbar pada Sabtu.

Sebelum itu beliau yang merupakan Yang Dipertua Pas Kawasan Kota Bharu hadir pada Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Kota Bharu kali ke-56 di sini.

Ia dirasmikan oleh Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

Menurut beliau, pihaknya akan adakan program khas untuk memberi penerangan kepada rakyat tentang apa yang berlaku.

Ujarnya, ia berbentuk jerayawara yang akan ke seluruh negara bagi menjelaskan kepada 4.7 juta pengundi PN.

Takiyuddin memberitahu, untuk PRN ini PN akan bergabung kekuatan iaitu Pas melalui jenteranya, Bersatu dari segi figura utama dan Gerakan akan memperkemaskan orang bukan Melayu.

Caption

Takiyuddin menyampaikan ucapan semasa Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Kota Bharu kali ke 56 di Kota Bharu yang turut dihadiri Shahidan (dua,kanan).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!