Wanita maut motor terlibat kemalangan
KUALA KRAI - Seorang wanita yang dalam perjalanan ke tempat kerja maut setelah motosikal ditunggang terlibat kemalangan dengan dua kenderaan lain di Kilometer 61, Jalan Kota Bharu - Gua Musang hari ini.
Mangsa, Zuraida Che Muda, 36, parah di kepala dan beberapa bahagian badan menemui ajal di tempat kejadian.
Timbalan Kedua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Wan Fauzi Wan Ishak berkata, siasatan awal mendapati, mangsa menunggang motosikal sendirian dari arah Bukit Sireh ke Batu Jong.
"Tiba di tempat kejadian,mangsa melintas jalan masuk simpang sebelah kanan untuk ke tempat kerjanya di Kilang Seng Heng.
"Pada masa sama seorang lelaki berusia 22 tahun memandu kereta Perodua Axia datang dari arah sama gagal memberhentikan keretanya setelah melihat mangsa pada jarak dekat," katanya.
Wan Fauzi berkata, jenazah mangsa dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat.
Menurutnya,polis masih menyiasat punca sebenar kejadian.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!