'Tahniah Dr Akmal menang Ketua Pemuda UMNO' - Asyraf Wajdi

Dr Muhamad Akmal
Dr Muhamad Akmal
A
A
A

KUALA LUMPUR - Penyandang Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan tahnniah kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr Muhamad Akmal Saleh kerana berjaya memenangi jawatan pemimpin sayap parti berkenaan.

Asyraf Wajdi berkata, berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat ini, Muhamad Akmal memperolehi 102 undi bahagian.

Sementara itu, pencabarnya, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah mendapat 17 undi manakala Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah pula mendapat enam undi.

"Alhamdulillah, keputusan tidak rasmi Dr Akmal Saleh berjaya memenangi jawatan

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia untuk sesi 2023-2026.

"Setakat ini undi yang diperolehi 102 bahagian; melepasi 96 undi untuk majoriti mudah daripada keseluruhan 191 bahagian. Tahniah," katanya dalam siaran di Facebooknya pada Sabtu.

Pada Sabtu, pemilihan UMNO bagi sesi 2023/2026 bermula pada hari ini dengan proses pengundian para perwakilan seluruh Malaysia.

Para perwakilan akan mengundi untuk memilih calon terbaik bagi mengemudi bahtera Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO di bahagian masing-masing serta pusat.

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, seramai tujuh orang calon menawarkan diri untuk jawatan Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap (12), Ketua (4), Naib Ketua (4) dan 113 jawatan EXCO.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!