Klopp gesa Liverpool segera bangkit

Salah ketika aksi menentang Bournemouth dalam saingan Liga Perdana Inggeris pada Sabtu. - Foto: Agensi
Salah ketika aksi menentang Bournemouth dalam saingan Liga Perdana Inggeris pada Sabtu. - Foto: Agensi
A
A
A

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp meluahkan rasa kecewa kegagalan pemain sensasi, Mohamed Salah menyempurnakan sepakan penalti ketika tewas mengejut 0-1 kepada Bournemouth pada Sabtu.

The Reds berkunjung ke Stadium Vitality dengan semangat membara selepas membenam musuh ketat mereka Manchester United, 7-0 minggu lalu.

Bagaimanapun impian Liverpool memanfaatkan keputusan menakjubkan itu sebagai lonjakan untuk meraih kelompok empat teratas dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musnah.

Pemain The Cherries, Philip Billing menghukum pertahanan Liverpool pada minit ke-28 ketika The Reds buntu dengan prestasi jentera serangan.

Apabila memperoleh peluang sepakan penalti pada separuh masa kedua, Salah pula mensia-siakannya.

"Kami mendapat penalti tetapi gagal menyempurnakannya. Ia sangat mengecewakan.

"Jika kami menjaringkan gol ketika itu, ia membantu untuk meningkatkan kembali semangat pemain tetapi kami gagal melakukannya," katanya.

Salah muncul penjaring gol terbanyak Liverpool dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menjaringkan dua gol ketika menentang United.

Kegagalan pemain Mesir itu menokok jaringan peribadi kepada 130 menyebabkan The Reds mengalami kekalahan pertama daripada enam perlawanan liga terakhir mereka.

"Aksi ini memberi tamparan hebat. Anda tahu situasinya. Anda perlu menerimanya dan cuba bangkit selepas itu," ujar Klopp.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!