Hashim digugur, Kamarudin pembantu Pengerusi Tetap AGM Bersatu
KUALA LUMPUR - Timbalan Pengerusi Tetap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Hashim Suboh terhenti keahlian serta-merta kerana didakwa melanggar peraturan dan perlembagaan parti.
Pengumuman tersebut dibuat oleh Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) ke-5 parti itu.
Hamzah berkata, berpandukan perkara 17 (4) peraturan persidangan, maka AGM dibenarkan untuk melantik seorang pembantu pengerusi tetap.
"Justeru, saya mencadangkan Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamarudin Md Nor dilantik sebagai pembantu pengerusi tetap untuk AGM Bersatu kali ini.
"Kami mohon persetujuan daripada semua perwakilan," beliau berkata demikian sempena AGM di Menara PGRM di sini pada ahad.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!