'Ada Orang Asli dimanipulasi untuk pemburuan haram'

Abdul Kadir (tengah), Acryl Sani (kanan) dan Zazuli bersama hasil rampasan selepas mesyuarat OBK di Taman Negara Kuala Tahan, Jerantut pada Ahad.
Abdul Kadir (tengah), Acryl Sani (kanan) dan Zazuli bersama hasil rampasan selepas mesyuarat OBK di Taman Negara Kuala Tahan, Jerantut pada Ahad.
A
A
A

JERANTUT - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mengakui terdapat Orang Asli yang dimanipulasi oleh sesetengah pihak luar bagi tujuan pemburuan haram hidupan liar di negara ini.

Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, penglibatan Orang Asli berikutan komuniti itu dibenarkan berburu untuk kegunaan dan kelangsungan hidup mereka sendiri, tapi bukan untuk dijual.

Jelasnya, walaupun segelintir Orang Asli tahu perbuatan terbabit salah, namun ada yang berbuat demikian berikutan terpengaruh dengan pihak dari luar.

"Benda itu memang ada berlaku, kebanyakan mereka yang ditangkap tahu aktiviti menjual tersebut salah tapi kerana pengaruh orang luar mereka tetap buat, jadi tindakan kena diambil.

"Jadi kita telah mengadakan program dengan menghantar pegawai di daerah-daerah antaranya ceramah kesedaran kepada Orang Asli mengenai tindakan yang dilakukan tersebut adalah salah, tidak boleh," kata beliau pada sidang akbar di Taman Negara, Kuala Tahan di sini pada Ahad

Terdahulu, Abdul Kadir bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Zazuli Johan menghadiri mesyuarat Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) di sini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!