Isu setinggan di Kampung Dato Harun selesai

Amirudin (dua dari kiri) menerima replika cek bayaran premium tanah 2023 dalam Program Jelajah #Kita Selangor Penyayang di Petaling Jaya.
Amirudin (dua dari kiri) menerima replika cek bayaran premium tanah 2023 dalam Program Jelajah #Kita Selangor Penyayang di Petaling Jaya.
A
A
A

PETALING JAYA - Kerajaan Selangor bertindak proaktif menyelesaikan isu penempatan penempatan setinggan yang membelenggu 249 keluarga di Kampung Dato Harun, PJS 1 di sini sejak 15 tahun lalu.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, keluarga yang terdiri daripada peneroka memperoleh kediaman menerusi Skim Smart Sewa hasil penyelesaian menang-menang bersama pemaju.

“Mereka diberi tawaran pemilikan rumah dan konsepnya adalah sewa milik. Ini adalah kaedah sewaan (kepada penerima) kemudian baru pemilikan.

“Isu paling penting di sini kita dapat selesaikan masalah setinggan yang tertunggak hampir 15 tahun. Baru sekarang kita dapat selesaikan hasil kerjasama pemaju terbabit,” kata Amirudin.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gombak ditemui pemberita selepas merasmikan Program Jelajah #Kita Selangor Penyayang di Padang Permainan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Desa Mentari 3 Petaling Jaya hari ini pada Ahad.

Skim Smart Sewa To Ownership (2STAY) diperkenal Kerajaan Selangor pada 2016 bagi membantu golongan berpendapatan rendah (B40) memiliki kediaman sendiri pada harga kurang RM200,000.

Skim dua fasa itu meliputi Smart Sewa dengan tempoh sewa minimum dua hingga lima tahun dan tempoh pemilikan di bawah ‘Rent to Own’.

Penyewa yang membeli kediaman tersebut menerima 30 peratus bayaran sewa terkumpul dan dijadikan wang pendahuluan serta baki perlu dijelaskan secara ansuran.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!