10 jalan termasuk bulatan di Shah Alam ditutup Ahad ini
SHAH ALAM - Beberapa jalan utama di Bandar Shah Alam akan ditutup sementara bagi melancarkan perjalanan program Larian ‘IOS Half Marathon’ anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM), Ahad ini.
Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, antara jalan ditutup ialah Bulatan Kemajuan, Bulatan Perusahaan dan Persiaran Dato’ Menteri.
"Selain itu, penutupan turut melibatkan Bulatan Mestika, Persiaran Raja Muda, Bulatan Bestari, Persiaran Institut, Persiaran Kayangan, Jalan Padang Jawa dan Persiaran Selangor.
"Penutupan beberapa jalan ini bermula jam 2 petang sehingga 6 pagi dan orang ramai dinasihatkan tidak menggunakan jalan yang terlibat mengelakkan kesesakan lalu lintas," katanya.
Menurutnya, MBSA menyeru orang ramai juga diminta untuk sentiasa mematuhi arahan dari semasa ke semasa.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!