Regu baharu sayap UMNO lebih dinamik
KEMENANGAN Exco Kerajaan Negeri Melaka, Dr Muhamad Akmal Saleh; Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dan bekas Naib Ketua Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi dalam pemilihan ketua-ketua sayap parti UMNO kali ini sebenarnya memberikan 1,001 gambaran dan mesej kepada lebih 3 juta ahli parti ‘keramat’ itu.
Dengan Dr Muhamad Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau menang selesa jawatan Ketua Pemuda UMNO, Noraini mempertahankan jawatan Ketua Wanita UMNO manakala Nurul Amal atau Along dipilih sebagai Ketua Puteri UMNO yang baharu, ia satu isyarat jelas perwakilan UMNO mahukan kepimpinan sayap parti diterajui bakat muda serta pemimpin progresif yang lebih komited untuk bekerja berbanding berretorik.
Begitu juga dengan kejayaan Noraini yang berjaya mengenepikan cabaran bekas pemimpin heavyweight UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dalam persaingan sengit pada 11 Mac lalu.
Kemenangan bekas Menteri Pengajian Tinggi itu hakikatnya menunjukkan majoriti akar umbi UMNO mahukan pemimpin yang bersikap walk the talk dan bukan sekadar petah berbicara tetapi tidak buat kerja.
Baca berita selanjutnya 'Regu baharu sayap UMNO lebih dinamik' di Sinar Premium.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!