Lelaki ditemui meninggal dalam kereta

Seorang lelaki ditemui meninggal dunia dalam kereta di kawasan parkir berhadapan sebuah pasar raya di Seremban 2 pada Ahad. - Foto bomba
Seorang lelaki ditemui meninggal dunia dalam kereta di kawasan parkir berhadapan sebuah pasar raya di Seremban 2 pada Ahad. - Foto bomba
A
A
A

SEREMBAN - Seorang lelaki ditemui meninggal dunia dalam sebuah kereta di kawasan parkir berhadapan sebuah pasar raya di Seremban 2 di sini pada Ahad.

Ketua Balai Bomba Seremban 2, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Kamal Mohd Kimar, berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian daripada orang awam pada jam 7.31 malam.

Menurutnya, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban 2 ke lokasi dan turut dibantu petugas dari BBP Rantau.

“Laporan awal diperoleh terdapat seorang mangsa iaitu seorang lelaki berusia 43 tahun dalam keadaan tidak sedarkan diri berada dalam kereta di kerusi pemandu.

"Sebaik pintu kereta dibuka, pihak Kementerian Kesihatan (KKM) melakukan pemeriksaan dan mengesahkan lelaki berkenaan sudah meninggal dunia," katanya dalam kenyataan media.

Tambah beliau, anggota bomba yang lengkap berpakaian perlindungan diri (PPE) mengangkat mayat mangsa keluar dan dia dipercayai sudah berada dalam kereta itu sejak tiga lalu.

"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak KKM dan polis untuk siasatan dan tindakan lanjut," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!