18 YDP Pas Selangor berjaya pertahan jawatan

Dr Halimah menjadi wanita pertama diangkat sebagai Naib Yang Dipertua Pas Kawasan Kapar. - Foto Bernama
Dr Halimah menjadi wanita pertama diangkat sebagai Naib Yang Dipertua Pas Kawasan Kapar. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 18 daripada 22 Yang Dipertua (YDP) Pas Selangor berjaya mempertahankan jawatan masing-masing selepas menang dalam pemilihan sesi 2023-2025.

Mereka terdiri YDP Pas Kuala Langat, Datuk Ahmad Yunus Hairi yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor, Shafie Ngah (Bangi), Noor Najhan Mohamad Saleh (Kapar) dan Hasnizan Harun (Hulu Selangor).

Selain itu, Pas Selangor turut menyaksikan empat muka baharu iaitu YDP Sepang, Sabirin Marsono, Hamzah Abu Seman (Damansara), Mohamed Sukri Omar (Shah Alam) dan Mohd Zubir Embong (Petaling Jaya).

Sementara itu, Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali menjadi wanita pertama diangkat sebagai Naib YDP Pas, Kapar.

Setiausaha Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, Pas sentiasa komited terhadap prinsip dan amalan demokrasi dalam proses pemilihan parti.

"Ia bagi membina generasi kepimpinan yang bersih, sejahtera dan toleran.

Menjelang Pilihan Raya Umum Negeri (PRN) Selangor ke-15, Pas dan rakan-rakannya di Selangor komited

mendukung budaya politik matang, sejahtera dan memimpin gelombang hijau bagi membawa

perubahan ke arah kebaikan buat negeri ini," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Dijangka, Muktamar Tahunan Pas Pusat Ke-69 bakal diadakan di Kota Bharu, Kelantan.