Isteri maut, suami cedera langgar monyet

Motosikal Yamaha Y100 yang ditunggang pasangan warga emas itu sebelum terbabit dalam kemalangan. Gambar kecil: Mesah
Motosikal Yamaha Y100 yang ditunggang pasangan warga emas itu sebelum terbabit dalam kemalangan. Gambar kecil: Mesah
A
A
A

ALOR GAJAH - Seorang wanita warga emas maut, manakala suaminya cedera selepas motosikal ditunggang terlanggar seekor monyet di Jalan Lubok Cina di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, dalam kejadian jam 10 pagi itu, mangsa, Mesah Puteh,50, yang beralamat di Kampung Seberang, Ramuan China Kechil meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di zon kuning Hospital Alor Gajah.

Menurutnya, pasangan warga emas yang menunggang motosikal Yamaha Y100 itu dalam perjalanan pulang dari arah pekan Lubok China ke rumah mereka.

Katanya, setiba di lokasi motosikal mereka telah melanggar seekor monyet lalu terbabas ke kiri jalan.

"Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Alor Gajah untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Namun mangsa wanita dimaklumkan telah meninggal dunia pada jam 1.69 petang pada hari sama," katanya ketika di hubungi di sini pada Isnin.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!