Liverpool tekad benam Real Madrid

Alexander Arnold (kanan) yakin mampu mencipta kebangkitan ketika menentang Real. - Foto: AFP
Alexander Arnold (kanan) yakin mampu mencipta kebangkitan ketika menentang Real. - Foto: AFP
A
A
A

LIVERPOOL tiada pilihan dan perlu memberikan yang terbaik ketika menentang Real Madrid dalam perlawanan kedua pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Khamis ini untuk meraih kemenangan.

Pemain pertahanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold berkata, The Reds perlu bangkit selepas menampilkan aksi longlai ketika tewas 0-1 kepada Bournemouth dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Sabtu.

The Reds akan bertandang ke Real dengan misi sukar mengubah defisit selepas tewas perlawanan pertama 2-5 di Anfield.

"Ia sesuatu yang penting untuk kami. Kami perlu pergi ke sana dan melakukan sesuatu yang istimewa untuk menang.

"Semua tumpuan kami adalah semata-mata untuk perlawanan Real Madrid dan ini bermakna kami boleh meletakkan segala-galanya ke dalam perlawanan itu kerana kami mempunyai beberapa hari untuk kembali cergas.

"Ia berkisar mengenai memberikan segalanya dan saya fikir itulah yang akan kami lakukan. Kami akan bersedia," katanya.

Liverpool tewas enam daripada tujuh perlawanan terakhir Liga Juara-Juara menentang Real termasuk dikecewakan dalam perlawanan akhir pada musim lalu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!