Beratus penerbangan di Jerman dibatalkan akibat mogok
BERLIN - Beratus-ratus penerbangan di empat lapangan terbang Jerman dibatalkan pada Isnin ekoran kakitangan keselamatan melancarkan mogok sehari.
Lapangan terbang antarabangsa Berlin mengumumkan bahawa semua penerbangan komersial pada Isnin dibatalkan.
Lapangan terbang itu terpaksa membatalkan kira-kira 200 penerbangan, menjejaskan 27,000 pelancong, lapor Agensi Anadolu.
Penumpang diminta menghubungi syarikat penerbangan mereka untuk mengetahui status penerbangan semasa.
Lapangan terbang Hamburg juga memaklumkan bahawa tiada pelepasan akan dilakukan pada Isnin, dan mogok itu mungkin akan menyebabkan pembatalan dan kelewatan.
Gangguan dan pembatalan penerbangan juga dijangka berlaku di lapangan terbang Bremen dan Hanover.
Kesatuan sekerja menuntut kenaikan gaji melebihi inflasi, kadar saraan yang lebih tinggi untuk kerja lebih masa dan syif malam serta penambahbaikan persekitaran kerja. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!