Kanak-kanak 11 tahun lemas ketika mandi di Pantai Damat

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun ditemukan lemas ketika sedang mandi manda bersama sepupu dan rakannya di Pantai Damat, Bachok pada Isnin.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun ditemukan lemas ketika sedang mandi manda bersama sepupu dan rakannya di Pantai Damat, Bachok pada Isnin.
A
A
A

BACHOK - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun ditemukan lemas ketika sedang mandi manda bersama sepupu dan rakannya di Pantai Damat, di sini pada Isnin.

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, mangsa, Wan Muhammad Afif Danial Wan Mohd Nasir dipercayai meninggal dunia beberapa minit selepas dibawa ke daratan oleh orang awam yang berada di lokasi.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, mayat kanak-kanak itu telah dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu untuk bedah siasat.

"Pihak polis menasihatkan orang ramai yang berkunjung ke pantai untuk tidak melakukan aktiviti mandi manda.

"Hal ini kerana ombak sangat bergelora ketika ini yang boleh mendatangkan bahaya," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau memberitahu, polis akan mengadakan perbincangan dengan Ketua Jajahan Bachok bagi menaikkan papan tanda larangan mandi.

Mohamad berkata, pihaknya juga akan melakukan rondaan di sepanjang pantai di kawasan Bachok bagi memastikan peristiwa seumpama itu tidak berulang.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!