Datuk Roy direman tiga hari kes Jana Wibawa
KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Seorang ahli perniagaan dikenali sebagai 'Datuk Roy' direman tiga hari bermula Selasa oleh Mahkamah Majistret di sini, bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).
Majistret, Noorelynna Hanim Abd Halim membenarkan permohonan reman yang dibuat oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu, mengikut mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.
Empat individu termasuk seorang pegawai SPRM ditahan, namun kemudiannya dibebaskan dengan jaminan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah RM400,000 bagi mengelakkan siasatan ke atas program kontroversi itu.
Sementara itu, peguam, Fahmi Abd Moin yang mewakili suspek berkata, anak guamnya telah hadir di pejabat SPRM di sini, pada Isnin.
Sementara itu, di Mahkamah Majistret Putrajaya, Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan permohonan reman oleh SPRM terhadap dua individu berusia 40-an, selama tiga hari, bagi membantu siasatan kes sama.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!