Robertson ikut jejak bapa, datuk wakili Australia
PEMAIN tengah Manchester City, Alex Robertson dijangka mengikut langkah bapa dan datuknya mewakili Australia selepas dipanggil menyertai Socceroos menjelang dua aksi persahabatan menentang Ecuador akhir bulan ini.
Pemain berusia 19 tahun itu, dilahirkan di Scotland ketika bapanya menyarung jersi Dundee dan dibesarkan di New South Wales, Australia serta mewakili England pada peringkat bawah umur sebelum ini.
Bapanya, Father Mark, juga pemain tengah, memenangi satu cap bersama Australia dalam perlawanan persahabatan menentang Jepun pada 2001, manakala datuknya Alex tampil dalam siri perlawanan pertunjukan pada 1984.
Robertson, yang masih belum bermain untuk pasukan utama City juga layak menyertai Scotland melalui sijil kelahirannya dan Peru melalui ibunya, namun menunjukkan kesetiaannya bersama Australia.
“Apabila saya menghubungi dan memberitahunya saya mahu memilihnya untuk bersama skuad bagi perlawanan Ecuador ini, dia terus sahaja memberi maklum balas ‘Arnie, saya sudah tidak sabar'.
“Saya percaya dia telah menyesuaikan diri dengan Australia, dan saya pasti sebaik sahaja dia menyarung jersi Socceroos dan merasakan lencana di dada, pasti hanya satu negara di hatinya," kata pengendali Australia, Graham Arnold.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!