Nafas terima kunjungan KPKM perkenal fungsi agensi

Nafas menerima kunjungan KPKM diketuai Datuk Seri Mohamad Sabu ke ibu pejabatnya di Kota Damansara pada Selasa.
Nafas menerima kunjungan KPKM diketuai Datuk Seri Mohamad Sabu ke ibu pejabatnya di Kota Damansara pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) menerima kunjungan lawatan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu ke ibu pejabatnya di Kota Damansara pada Selasa bagi memperkenalkan struktur serta fungsi agensi itu.

Nafas dalam satu kenyataan berkata, ia seiring dengan visi dan misi kementerian sebagai peneraju transformasi pertanian supaya menjadi sektor yang moden, dinamik dan kompetitif.

"Nafas selaku agensi pelaksana yang merupakan sebahagian daripada entiti perniagaan yang menyumbang kepada pemangkin industri baja negara.

"Selain itu, nafas juga merupakan induk kepada rantaian Pertubuhan Peladang di peringkat nasional sekaligus memayungi 14 Pertubuhan Peladang Negeri dan 279 Pertubuhan Peladang Kawasan dengan hampir satu juta ahli di seluruh negara," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Dalam lawatan berkenaan Mohamad dibawa meninjau pameran perniagaan Nafas dan syarikat-syarikat subsidiari serta beramah mesra dengan semua kakitangan.

Turut hadir, Pengerusi Jemaah Pengarah Nafas, Datuk Zamri Yaakob dan Pengurus Besar Nafas, Muhammad Faris Arriffin.

Menurut kenyataan itu lagi, Nafas sentiasa komited untuk bekerjasama dengan KPKM sebagai satu pasukan.

"Kerjasama itu adalah bagi memastikan sektor pertanian Malaysia kompetitif sebagai pengeluar utama makanan dunia serta industri pertanian dilihat salah satu jentera pertumbuhan ekonomi negara," jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!