Tidak perlu maki hamun ketika kuliah ilmu

Mohd Khairuddin. Gambar kecil: Tangkap layar kenyataan Facebook Mohd Khairuddin Aman Razali.
Mohd Khairuddin. Gambar kecil: Tangkap layar kenyataan Facebook Mohd Khairuddin Aman Razali.
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Ulama UMNO berpandangan tidak perlu memaki hamun ketika menyampaikan kuliah semasa majlis ilmu.

Setiausaha Eksekutifnya, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berpandangan sebaliknya ia lebih sampai ke dalam hati pendengar dengan hujah yang bernas berasaskan al-Quran.

"Kuliah ilmu tidak memerlukan maki hamun. Ia masuk ke dalam hati pendengar dengan hujah yang bernas berasaskan al-Quran, al-Sunnah serta huraian para ulama.

"Malah pendakwah lebih aula (utama) menghiasi diri dengan akhlak untuk menjadi contoh kepada anak-anak murid pendengar.

"Kekadang kerana ketiadaan isi ketika penyampaian maka maki hamun dijadikan 'halwa' menarik perhatian," katanya di Facebook pada Selasa.

Mohd Khairuddin turut berkongsikan sebuah video berdurasi tiga minit enam saat di Facebooknya bertajuk 'Ustaz Mengherdik & Bertempik Semasa Ceramah'.

Sebelum ini media melaporkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sekali lagi memberi peringatan supaya masjid dan surau tidak dijadikan medan serta propaganda politik kepartian.

Titah baginda, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah diarah memastikan masjid dan surau bebas dari unsur-unsur politik yang boleh memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian umat Islam.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!