Thailand rekod 218,210 kes penipuan, kerugian 31.58 bilion Baht

Polis menerima 29,945 aduan tentang penipuan pekerjaan dan jumlah kerugian dianggarkan sebanyak 3.32 bilion baht. - Gambar hiasan
Polis menerima 29,945 aduan tentang penipuan pekerjaan dan jumlah kerugian dianggarkan sebanyak 3.32 bilion baht. - Gambar hiasan
A
A
A

BANGKOK - Thailand merekodkan 218,210 aduan mengenai kes penipuan membabitkan kerugian 31.58 bilion baht sejak 12 bulan lalu.

Penolong ketua polis, Lt Jen Sompong Chingduang berkata, dari 1 Mac tahun lalu hingga 11 Mac tahun ini, sebanyak 218,210 aduan mengenai penipuan telah difailkan.

Beliau berkata, penipuan dalam pelaburan mengakibatkan kerugian sebanyak 7.66 bilion baht dalam tempoh yang sama.

Polis menerima 29,945 aduan tentang penipuan pekerjaan dan jumlah kerugian dianggarkan sebanyak 3.32 bilion baht.

"Terdapat 81,288 aduan mengenai penipuan membeli-belah, yang mengaut 1.01 bilion baht.

"Selain itu, 24,821 aduan difailkan mengenai penipuan pinjaman yang meminta mangsa membayar yuran pendahuluan,” katanya.

Sementara itu, Sompong menggesa orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan mengelak daripada mendedahkan maklumat peribadi dan kewangan mereka. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!