Penolong akauntan terima rasuah lebih RM41,000 ditahan

Suspek diiringi pegawai SPRM ketika di bawa ke mahkamah untuk perintah reman pada Rabu.
Suspek diiringi pegawai SPRM ketika di bawa ke mahkamah untuk perintah reman pada Rabu.
A
A
A

KUANTAN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang menahan seorang penolong akauntan di Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Pahang untuk siasatan kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM41,768.

Suspek wanita berusia 42 tahun itu ditahan jam 3.30 petang pada Selasa selepas hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Pahang di sini.

Suspek disyaki meminta dan menerima rasuah antara RM50 hingga RM2,500 dengan jumlah keseluruhan RM41,768 daripada pemilik sebuah syarikat sebagai balasan mempercepatkan bayaran tuntutan bagi kerja-kerja penyelenggaraan kenderaan jabatan di bengkel syarikat tersebut.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara April 2021 sehingga Februari 2022.

Kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Kuantan pada Rabu untuk perintah reman.

Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman membenarkan perintah reman terhadap wanita itu selama tujuh hari sehingga Selasa depan.

Pengarah SPRM Pahang, Hairuzam Mohmad Amin@Hamim mengesahkan berhubung tangkapan tersebut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!