Seorang patah kaki, kemalangan 11 kenderaan

Tangkap layar video tular kemalangan 11 kenderaan di Batu 31, Jalan Labuk, Sandakan pada Selasa.
Tangkap layar video tular kemalangan 11 kenderaan di Batu 31, Jalan Labuk, Sandakan pada Selasa.
A
A
A

SANDAKAN - Seorang individu patah kaki dalam kemalangan membabitkan 11 kenderaan di Batu 31, Jalan Labuk, di sini pada petang Selasa.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 4.43 petang.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kegagalan pemandu sebuah lori dumper mengawal kenderaannya yang sedang bergerak dari arah Batu 32 menghala ke Bandar Sandakan sehingga melanggar tujuh kenderaan di hadapannya yang sedang berhenti menunggu giliran untuk bergerak kerana kerja menampal lubang di atas jalan sedang dilakukan.

Kemalangan berpunca daripada kegagalan pemandu sebuah lori mengawal kenderaannya sehingga melanggar tujuh kenderaan di hadapannya.
Kemalangan berpunca daripada kegagalan pemandu sebuah lori mengawal kenderaannya sehingga melanggar tujuh kenderaan di hadapannya.

"Akibat kejadian itu, kenderaan telah tersorong ke hadapan dan melanggar kenderaan lain di hadapannya dan pada masa sama kenderaan yang dilanggar telah masuk ke laluan bertentangan serta merempuh tiga lagi kenderaan lain dari arah bertentangan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Katanya lagi, akibat kejadian itu juga terdapat seorang mangsa mengalami kecederaan patah kaki dan dirawat di Hospital Kinabatangan.

"Sementara itu, pemandu dan penumpang lain tidak mengalami kecederaan.

"Siasatan kes kemalangan diklasifikasikan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu dan berbahaya," katanya.

Antara kenderaan yang terlibat kemalangan di Batu 31, Jalan Labuk, Sandakan pada Selasa.
Antara kenderaan yang terlibat kemalangan di Batu 31, Jalan Labuk, Sandakan pada Selasa.

Abdul Fuad dalam pada itu turut menasihatkan kepada semua pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati ketika memandu selain sentiasa memastikan kenderaan dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan.

Sebelum ini, tular di media sosial video berdurasi 21 saat memaparkan keadaan kemalangan membabitkan banyak kenderaan dalam kejadian di Sandakan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!