Kila Fairy tawar RM2,000 cari kucing hilang

Kila Fairy menawarkan ganjaran berjumlah RM2,000 kepada sesiapa yang menemui kucing jenis baka kacukan British Shorthair dan R. Blue miliknya yang hilang sejak 27 Februari lalu di sekitar Subang Jaya. - Foto IG kilafairyofficial
Kila Fairy menawarkan ganjaran berjumlah RM2,000 kepada sesiapa yang menemui kucing jenis baka kacukan British Shorthair dan R. Blue miliknya yang hilang sejak 27 Februari lalu di sekitar Subang Jaya. - Foto IG kilafairyofficial
A
A
A

PELAKON Kila Fairy menawarkan ganjaran berjumlah RM2,000 kepada sesiapa yang menemui kucing jenis baka kacukan British Shorthair dan R. Blue miliknya yang hilang sejak 27 Februari lalu di sekitar Subang Jaya.

Menerusi satu poster yang dimuat naik di Instagram, Kila atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan, 30, memaklumkan bahawa kucing peliharaannya yang hilang itu berusia 10 tahun dan diberi nama Kovu.

“Kepada sesiapa yang mengambil anak saya (kucing), tolong pulangkan dia kembali. Kalau awak mahukan kucing berwarna kelabu, saya boleh bagi awak seekor tapi tolong kembalikan Kovu saya.

“Tolong tengok sekeliling, kucing jiran. Kovu sudah hilang sejak 27 Februari, sekitar 9 pagi,” katanya menerusi status di Instagramnya.

Pada poster yang sama, anak kepada penyanyi vateran Rohana Jalil itu turut meninggalkan nombor telefon untuk dihubungi sekiranya orang awam menjumpai kucingnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!