Wanita Indonesia nyaris maut, rumah terbakar

Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan selepas sebuah unit pangsapuri di Taman Puchong Hartamas di sini terbakar pada Rabu.
Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan selepas sebuah unit pangsapuri di Taman Puchong Hartamas di sini terbakar pada Rabu.
A
A
A

PUCHONG - Seorang wanita warga Indonesia nyaris maut dalam kebakaran melibatkan sebuah unit rumah pangsapuri di Taman Puchong Hartamas di sini pada Rabu.

Mangsa yang berumur 55 tahun itu berjaya diselamatkan anggota bomba yang tiba di lokasi kejadian.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 9.07 pagi.

"Seramai 18 anggota dan pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Puchong, Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Penchala dan Balai Bomba dan Penyelamat Petaling Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 9.18 pagi.

Anggota bomba memadamkan kebakaran sebuah unit rumah pangsapuri di Taman Puchong Hartamas di sini pada Rabu.
Anggota bomba memadamkan kebakaran sebuah unit rumah pangsapuri di Taman Puchong Hartamas di sini pada Rabu.

"Kebakaran melibatkan sebuah unit rumah di tingkat empat pangsapuri tersebut yang mengalami peratusan kebakaran sebanyak 60 peratus," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Katanya, anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang penghuni rumah tersebut yang merupakan seorang wanita warga Indonesia.

"Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kebakaran dapat dikawal sepenuhnya pada jam 9.25 pagi," katanya.

Menurutnya, setakat ini jumlah dan punca kerugian masih dalam siasatan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!