Bayi perempuan ditinggalkan dalam kotak
Bayi perempuan yang dipercayai baharu dilahirkan itu ditemui berbalut kain batik di dalam kotak ketika hujan lebat oleh seorang lelaki kira-kira jam 1.30 petang.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, bayi seberat 2.8 kilogram itu dijumpai seorang lelaki yang ingin menunaikan solat Zuhur.
"Pemeriksaan awal, bayi tersebut dalam keadaan sempurna, sihat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Bayi itu dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk pemeriksaan oleh pegawai perubatan pada jam 2.30 petang tadi," katanya.
Menurutnya, siasatan sedang dijalankan bagi mengesan ibu atau individu yang bertanggungjawab meninggalkan bayi berkenaan.
"Kawasan masjid tidak dilengkapi kamera litar tertutup, justeru orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi polis atau tampil ke balai berhampiran," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!