KPM, KBS meterai Kod Sukan Selamat minggu depan

Fadhlina - Foto: Bernama
Fadhlina - Foto: Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memeterai Kod Sukan Selamat bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) minggu depan.

Menteri KPM, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya akan memberi komitmen penuh terhadap kod tersebut dalam usaha memastikan ekosistem sukan yang selamat untuk pelajar.

"Kita mahu pastikan anak-anak dilindungi daripada sebarang bahaya seperti gangguan seksual, buli dan penggantungan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar kejurulatihan sukan dan melancarkan takwim Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) Tahun 2023, di sini pada Rabu.

Menurutnya, intipati Kod Sukan Selamat yang dibangunkan KBS berdasarkan Kod Olimpik merangkumi banyak aspek khususnya etika, hubungan, peranan ibu bapa dan komuniti sukan secara keseluruhan.

"Akhirnya ia berkait rapat dengan akses untuk membuat aduan sekiranya ada kes- kes gangguan seksual, buli dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata, KPM menyasarkan penyertaan seramai 19,232 murid, jurulatih, pengurus dan pegawai kontinjen Majlis Sukan Negeri dalam Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2023.

“Tema kejohanan adalah Sukan Nadi ABC (Anak Yang Baik Lagi Cerdik).

ABC itu pasti boleh dilahirkan kerana sukan ini adalah satu segmen yang akan membentuk kekuatan anak-anak daripada aspek disiplin, fokus dan interaksi sosial," katanya.

Kejohanan MSSM 2023 dilaksanakan empat fasa dimulakan dengan Kejohanan Merentas Desa di Kelantan pada 15 Julai dan Kejohanan Olahraga sebagai acara kemuncak menutup tirai pada Oktober depan.

Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh melancarkan Kod Sukan Selamat bagi menjamin hak serta kebajikan atlet dan komuniti sukan dalam negara untuk menikmati persekitaran sukan yang s

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!