Jualan Rahmah: Kempen Klasiknya Raya Mydin tawar harga rendah

Salahuddin yang diiringi Ameer melihat baju Melayu dewasa yang dijual serendah RM30 sepasang di bawah kempen Klasiknya Raya Mydin. - FOTO SINAR HARIAN / ROSLI TALIB
Salahuddin yang diiringi Ameer melihat baju Melayu dewasa yang dijual serendah RM30 sepasang di bawah kempen Klasiknya Raya Mydin. - FOTO SINAR HARIAN / ROSLI TALIB
A
A
A

SUBANG JAYA - Rangkaian pemborong dan peruncit terbesar tempatan, Mydin menawarkan penjimatan berganda bagi persediaan sambutan Aidilfitri apabila menjual baju raya dengan harga serendah RM30 sepasang menerusi kempen Klasiknya Raya yang dilancarkan pada Rabu.

Kempen berkenaan turut mendapat kerjasama rakan eksklusif perbankan MBSB Bank sempena menjelangnya sambutan bulan Ramadan dan Syawal tidak lama lagi.

Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, sepanjang kempen itu berlangsung sehingga 15 Mei 2023, Mydin menawarkan pelbagai pilihan menarik baju raya lelaki, wanita serta kanak-kanak pada harga rendah menerusi Jualan Rahmah.

Ameer - FOTO SINAR HARIAN / ROSLI TALIB
Ameer - FOTO SINAR HARIAN / ROSLI TALIB

Katanya, turut ditawarkan seleksi barangan keperluan rumah dan dapur, perhiasan rumah, kuih raya, pilihan kurma dan pelbagai lagi dengan harga yang istimewa dan menjimatkan.

"Mydin menganjurkan Jualan Rahmah bagi baju raya serta Bazar Ramadan Rahmah bagi meringankan beban perbelanjaan khususnya ketika musim perayaan.

"Bagi baju raya, harga sebenarnya adalah RM79 sepasang tetapi (menerusi kempen ini) kita jual cuma RM30 sepasang sahaja," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran kempen itu di Pasar Raya Besar Mydin di sini.

Salahuddin bersama Ameer Ali melancarkan Kempen 'Klasiknya Raya' yang diadakan di Pasaraya Mydin pada Rabu. - FOTO SINAR HARIAN / ROSLI TALIB
Salahuddin bersama Ameer Ali melancarkan Kempen 'Klasiknya Raya' yang diadakan di Pasaraya Mydin pada Rabu. - FOTO SINAR HARIAN / ROSLI TALIB

Salahuddin - FOTO SINAR HARIAN / ROSLI TALIB
Salahuddin - FOTO SINAR HARIAN / ROSLI TALIB

Majlis pelancaran kempen itu disempurnakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Mengulas lanjut, Ameer memberitahu, Mydin menawarkan pelbagai keperluan dengan harga amat kompetitif dan mampu milik mengambil kira peningkatan kos sara hidup akibat tekanan yang berlaku secara global.

Beliau berkata, dengan inisiatif berkenaan, Mydin menjangkakan peningkatan jumlah pengunjung sehingga 50 peratus bagi mendapatkan kelengkapan persediaan perayaan mereka.

"Bagi menggalakkan masyarakat berbelanja dengan menggunakan teknologi aplikasi digital yang lebih mudah dan selamat, Mydin turut bekerjasama dengan rakan e-dompet iaitu Atome, Boost, MBSB Bank e-wallet, MCash dan Touch’nGO eWallet.

Salahuddin (kiri) melihat pilihan baju raya yang ditawarkan di Mydin. - FOTO SINAR HARIAN / ROSLI TALIB
Salahuddin (kiri) melihat pilihan baju raya yang ditawarkan di Mydin. - FOTO SINAR HARIAN / ROSLI TALIB

"Ia bagi menawarkan pulangan tunai keseluruhan bernilai RM300,000 bagi setiap transaksi di Mydin dengan menggunakan aplikasi terlibat. Kempen bersama rakan e-dompet ini sah sehingga 7 Mei 2023," ujar beliau.

Ameer menambah, Mydin turut akan menyumbang Bakul Rahmah bernilai RM100,000 kepada golongan memerlukan melalui inisiatif Mydin Prihatin bagi meneruskan sokongan terhadap inisiatif kerajaan menyantuni golongan memerlukan melalui Payung Rahmah.

MYDIN menyumbang Bakul Rahmah bernilai RM100,000 kepada golongan memerlukan pada pelancaran Kempen Mydin 'Klasiknya Raya' yang diadakan di Pasar Raya Besar Mydin pada Rabu. - FOTO SINAR HARIAN / ROSLI TALIB

"Tidak dilupakan nasib mereka yang kurang bernasib baik, Mydin menerusi inisiatif Mydin Prihatin turut menjalinkan kerjasama strategik bersama lebih 50 jenama pembekal.

"sejumlah dana akan disumbangkan kepada rumah kebajikan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat di seluruh negara menerusi pembelian produk terpilih bagi jenama terlibat," ulasnya.

Kata beliau, pelanggan juga boleh menyumbang melalui rakan e-dompet terlibat atau dengan memotong mata ganjaran kad Meriah di kaunter bayaran Mydin.

Salahuddin dan Ameer Ali melancarkan Bazar Ramadan Menu Rahmah di Pasar Raya Besar Mydin pada perasmian Kempen Mydin 'Klasiknya Raya' pada Rabu. - FOTO SINAR HARIAN / ROSLI TALIB
Salahuddin dan Ameer Ali melancarkan Bazar Ramadan Menu Rahmah di Pasar Raya Besar Mydin pada perasmian Kempen Mydin 'Klasiknya Raya' pada Rabu. - FOTO SINAR HARIAN / ROSLI TALIB

Ameer memaklumkan, Mydin menjangkakan kerjasama dengan rakan strategik Mydin Prihatin itu mampu mengumpul sebanyak RM300,000 untuk diagihkan kepada golongan memerlukan.

Jelas beliau lagi, sepanjang bulan Ramadan ini juga, Mydinakan mengagihkan 40,000 pek bubur lambuk di cawangan Mydin yang terlibat.

Salahuddin dan Ameer Ali mengacau bubur lambuk di Pasar Raya Besar Mydin pada pelancaran Kempen Mydin 'Klasiknya Raya' pada Rabu. - FOTO SINAR HARIAN / ROSLI TALIB
Salahuddin dan Ameer Ali mengacau bubur lambuk di Pasar Raya Besar Mydin pada pelancaran Kempen Mydin 'Klasiknya Raya' pada Rabu. - FOTO SINAR HARIAN / ROSLI TALIB

Katanya, tema Klasiknya Raya bagi kempen itu pula dipilih bagi menggamit semula tradisi dan semangat perayaan yang lebih harmoni dan penuh kesederhanaan.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen itu, orang ramai boleh mengunjungi laman media sosial atau laman sesawang rasmi Mydin Malaysia di www.mydin.my.

Sementara itu, Salahuddin yakin kempen Klasiknya Raya Mydin yang menawarkan baju raya semurah RM30 sepasang memberi berita gembira kepada rakyat yang sedang mendepani isu kos sara hidup tinggi.

Orang ramai mengunjungi tapak jualan selepas pelancaran Kempen Mydin 'Klasiknya Raya' yang diadakan di Pasar Raya Besar Mydin pada Rabu. - FOTO SINAR HARIAN / ROSLI TALIB
Orang ramai mengunjungi tapak jualan selepas pelancaran Kempen Mydin 'Klasiknya Raya' yang diadakan di Pasar Raya Besar Mydin pada Rabu. - FOTO SINAR HARIAN / ROSLI TALIB

"Inisiatif ini sangat dihargai dan insya-ALLAH apa yang Mydin buat ini akan menjadi satu kitaran domino yang akan dituruti selepas ini bukan sahaja oleh gedung-gedung tekstil terkemuka dalam negara malah bagi butik-butik kecil.

"Saya yakin gedung-gedung dan butik-butik itupun akan menawarkan harga Rahmah menjelang Hari Raya ini," katanya.

Ameer dan Salahuddin berkesempatan melayani kanak-kanak memilih baju raya yang dijual RM30 sepasang. - FOTO SINAR HARIAN / ROSLI TALIB
Ameer dan Salahuddin berkesempatan melayani kanak-kanak memilih baju raya yang dijual RM30 sepasang. - FOTO SINAR HARIAN / ROSLI TALIB

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!