Nipah klasik

A
A
A

Cuaca panas dan suhu yang agak kering berikutan musim angin timur yang berlarutan sehingga Mac, terdapat ibu bapa yang memilih lokasi yang sesuai untuk beriadah sempena cuti penggal persekolahan bersama anak-anak.

Justeru itu, Restoran Nipah Klasik dekat Simpang Empat di sini menjadi tumpuan berikutan suasana lokasinya yang redup sesuai untuk sekeluarga di samping dapat menyegarkan badan dengan minuman air nira segar.

Nipah Klasik merupakan lokasi kedai makan yang cukup unik di Perlis dengan suasana dikelilingi pokok nipah. Pengunjung yang makan di sini akan menikmati suasana redup ditutupi pokok nipah bersama pemandangan beberapa landskap indah antaranya seperti replika Telaga Bunga Emas.

Sambil menunggu hidangan yang dipesan tiba, pengunjung boleh merasaii pengalaman menaiki bot pedal tangan sambil menikmati suasana redup melalui kawasan hutan nipah. Aktiviti bot pedal tangan di celahan pokok nipah itu mendapat sambutan menggalakkan.

'Apa saja yang boleh jadi kelainan lain dari yang lain kita buat lah, kata pemiliknya Jamaludin Abd Rahman, 61, ketika ditemui di restorannya dekat sini.

زSebenarnya memang dirancang lapan tahun dulu tapi bukan untuk buka restoran, tetapi hendak buka galeri, studio, kelas kesenian, ز ujar jamaludin, seorang pelukis terkenal dengan nama penanya, Dinrahman.

Hajat untuk merealisasikan seni dengan masyarakat belum lagi tercapai tetapi pelaburan membuka restoran pada tahun 2019 membuahkan hasil lumayan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Peralihan Monsun Timur Laut

No Image Caption
GALERI

Eraman Mall bebas cukai

No Image Caption
GALERI

Perbarisan Tamat Kursus KPDN

No Image Caption
GALERI

Regatta Lepa Semporna Ke-29