Aaron-Wooi Yik pulang awal dari Seluruh England
[DIKEMAS KINI] Juara dunia, Aaron Chia-Soh Woo Yik terpaksa akur apabila ditunjukkan jalan keluar seawal pusingan pertama Kejohanan Badminton Seluruh England oleh pasangan bukan pilihan dari Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin pada Rabu.
Perlawanan di Arena Utilita, Birmingham itu, beregu lelaki utama negara tersebut dijinakkan dalam masa 60 minit dalam aksi yang berlarutan hingga set ketiga.
Pada set pertama, Aaron-Wooi Yik ternyata berdepan tentangan sengit Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin yang menyaksikan kemenangan lawan 21-18.
Bagaimanapun pada set kedua, Aaron-Wooi Yik kembali lebih bertenaga untuk menyamakan kedudukan 1-1 hasil kemenangan 21-14 bagi mengheret permain ke set penentuan.
Pada set ketiga, beberapa kesilapan mudah menyaksikan Aaron-Wooi Yik akur dan perlawanan akhirnya milik Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin, 21-13.
Sementara itu, beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai turut mengucapkan selamat tinggal di pusingan awal.
Soon Huat-Shevon Lai terpaksa akur kehebatan pasangan Korea Selatan, Seo Seung-jae-Chae Yu-jung, 21-10, 21-14 dalam masa 34 minit.
Pemain perseorangan lelaki negara, Liew Daren juga tersingkir awal apabila dijinakkan bintang dari Indonesia, Chico Aura Dwi Wardoyo, 21-9, 21-16, dalam masa 38 minit.
Sebelum itu, pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia yang menghuni ranking keempat dunia mempamerkan aksi mantap untuk melakar kemenangan 21-21, 21-15 dalam masa 33 minit.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!