Simpan di MBSB Bank, menang kereta mewah

Mohamad Jefri tidak pernah menyangka kereta mewah yang menjadi idaman ramai itu akan menjadi miliknya selepas memenangi kategori cabutan utama yang diadakan di Pasar Raya Mydin Tunjong, Kota Bharu pada Sabtu.
Mohamad Jefri tidak pernah menyangka kereta mewah yang menjadi idaman ramai itu akan menjadi miliknya selepas memenangi kategori cabutan utama yang diadakan di Pasar Raya Mydin Tunjong, Kota Bharu pada Sabtu.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang pekedai runcit dari Kampung Sungai Rengas, Terengganu berjaya membawa pulang sebuah Mercedes Benz A200 bernilai RM250,000 hasil simpanannya sebanyak RM20,000 di MBSB Bank Berhad (MBSB Bank).

Mohamad Jefri Mohamad, 38, tidak pernah menyangka kereta mewah yang menjadi idaman ramai itu akan menjadi miliknya selepas memenangi kategori cabutan utama yang diadakan di Pasar Raya Mydin Tunjong, di sini pada Sabtu.

Bapa kepada seorang anak yang berusia lima tahun itu memberitahu, dia masih berada dalam keadaan terkejut.

"Saya tidak pernah memasang angan-angan untuk memandu kereta mewah. Semua ini bagai mimpi, walaupun kunci sudah ada di dalam tangan tetapi saya masih sukar untuk mempercayai apa yang berlaku," katanya.

Selain Mohamad Jefri, empat lagi pemenang iaitu Low Beng Cheong, Low Wan Choon, Kamarudin Yahya dan Zulkeflee Ismail masing-masing memenangi wafer emas bagi Cabutan Simpanan Tinggi Serantau di Wilayah Pantai Timur.

Jesleigh (empat dari kiri) bersama para pemenang pada majlis penyampaian hadiah Cabutan Simpanan Tinggi Serantau di Wilayah Pantai Timur.
Jesleigh (empat dari kiri) bersama para pemenang pada majlis penyampaian hadiah Cabutan Simpanan Tinggi Serantau di Wilayah Pantai Timur.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi MBSB Bank, Jesleigh Johari berkata, bagi menghargai para pelanggan setia, pihak bank telah menganjurkan majlis penyampaian hadiah untuk kempen 'Simpan Berganda Menang Bergaya 2.0' Casa-i (SBMB 2.0) bagi suku pertama.

"Kempen SBMB 2.0 yang bermula pada 1 September 2022 dan akan berakhir pada 31 Mei ini, menawarkan pelbagai hadiah menarik bernilai RM2.4 juta termasuklah kereta mewah, motosikal, telefon pintar dan wang tunai.

"Kempen ini terdiri daripada tujuh kategori cabutan iaitu bulanan, kesetiaan, simpanan baharu, digital, simpanan tinggi serantau, istimewa serta utama," katanya.

Menurut beliau, orang ramai yang berminat untuk menyertai kempen SBMB 2.0, boleh menyertainya melalui pembukaan akaun simpanan atau akaun semasa Primewin-i dengan jumlah deposit minimum bernilai RM100 di mana-mana cawangan MBSB Bank, atau dalam talian di laman sesawang MBSB Bank, www.mbsbbank.com.

Mengulas lanjut tentang pencapaian SBMB 2.0, ujarnya, kempen itu dijalankan buat kali kedua berikutan kejayaan SBMB 1.0 yang menunjukkan bahawa para pelanggan sangat berminat untuk menyertainya.

Orang ramai mengambil kesempatan mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan MBSB Bank.
Orang ramai mengambil kesempatan mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan MBSB Bank.

Tambah beliau, semenjak bermulanya penganjuran SBMB 2.0, pihaknya dapat melihat peningkatan penyertaan sebanyak 90 peratus berbanding tahun sebelumnya.

"Kami amat bersyukur dan berterima kasih kepada kesemua para pelanggan setia yang menyertai kempen ini dan di atas sokongan berterusan terhadap MBSB Bank.

"Pelbagai tawaran dan kempen-kempen menarik akan diadakan untuk manfaat semua pihak," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!