Peralihan baca buku fizikal kepada digital

Swee Leong (dua dari kanan) melancarkan buku Doktor Perubatan Darul Aman selepas merasmikan Sambutan Hari Buku Dan Hakcipta Sedunia 2019 peringkat Kedah di Auditorium Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah, hari ini.
Swee Leong (dua dari kanan) melancarkan buku Doktor Perubatan Darul Aman selepas merasmikan Sambutan Hari Buku Dan Hakcipta Sedunia 2019 peringkat Kedah di Auditorium Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah, hari ini.
A
A
A

ALOR SETAR - Kemajuan teknologi bakal menyaksikan perubahan membaca buku secara fizikal kepada secara digital pada masa hadapan dan perubahan ini tidak dapat dihalang malah semakin berkembang dari semasa ke semasa.

Timbalan Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah, Teh Swee Leong berkata, Kemajuan teknologi pada hari ini semakin sebati dengan jiwa anak-anak muda malah mudah diakses mereka.

Menurutnya, pihaknya berharap biarlah penyatuan ilmu dan teknologi menjadi aset hebat kepada peradaban dunia dan cetusan idea yang membina demi mencapai sasaran untuk menjadi sebuah negara yang setaraf dengan negara maju lain.

"Perubahan mesti berlaku, kemajuan teknologi kini dirasakan sudah sebati dalam jiwa anak-anak muda. Mungkin waktu yang akan datang, mereka tidak lagi membaca buku secara fizikal.

"Tetapi minat membaca perlu dipupuk mulai dari sekarang. Walaupun dunia semakin canggih dengan teknologi, anak-anak masih lagi boleh membaca walaupun secara digital. Yang penting, ada minat untuk membaca, jangan tinggalkan terus ilmu ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Buku Dan Hakcipta Sedunia 2019 peringkat Kedah di Auditorium Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah di sini, hari ini.

Swee Leong berkata, dalam dunia perbukuan, tanggal 23 April bermakna kepada penerbit, penulis dan juga pencinta buku kerana buku kekal di sanubari ramai sebagai penyampai ilmu dan juga penghibur.

Artikel Berkaitan:

Kempen Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit di Auditorium Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah, hari ini.
Kempen Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit di Auditorium Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah, hari ini.

"Usaha penerbitan buku perlu terus diperbanyakkan dan persatuan penulis juga perlu menghasilkan buku-buku berkenaan yang berbentuk ilmiah.

"Kita memerlukan buku-buku yang memberikan ilmu, yang luas pemasarannya dan mampu dibeli orang ramai. Semua pihak terlibat dalam dunia buku perlu berganding bahu mengeratkan hubungan antara pembaca dan buku supaya ia menjadi satu ikatan teguh dan berkekalan," katanya.

Beliau yang juga ADUN Kota Darul Aman berkata, program Jom Baca Bersama 10 Minit yang diselitkan pada program tersebut juga tepat pada waktunya.

"Saya difahamkan usaha ini adalah metodologi dari kempen sambutan Earth Hour yang memadamkan lampu selama sejam pada tarikh dan masa tertentu.

"Tidak kira apapun tugasan ataupun pekerjaan yang sedang kita lakukan, tepat 11 pagi hingga 11.10 pagi, kita berhenti sebentar untuk beri laluan kepada aktiviti membaca sebagai simbol komitmen kita dalam mengamalkan tabiat membaca dalam rutin harian," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!