Amir Hamzah kekal Presiden PKIBM

Amir Hamzah
Amir Hamzah
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Uniti Port Dickson, Amir Hamzah Md Isa kekal menjadi Presiden Persatuan Kebangsaan IPTS Bumiputera (PKIBM) bagi penggal 2023/2024.

Amir Hamzah telah menerajui PKIBM sejak tiga penggal lalu dan ia merupakan pelantikan tanpa bertanding. Keputusan itu dibuat secara sebulat suara pada sesi pemilihan sempena Mesyuarat Agung Tahunan PKIBM 2022 ke-23 yang berlangsung di Menara Arina UNITI, pada Khamis.

Pada sesi pemilihan itu juga, Pengerusi Kolej Universiti Penerbangan Malaysia, Kapten TUDM (B) Ab Manan Mansor dilantik semula menjadi Timbalan Presiden.

Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Universiti Geomatika, Profesor Dr Mohaizi Mohamad dan Ketua Pegawai Eksekutif East West International College, Prof Datuk Dr Abdul Murad Ahmad turut mengekalkan jawatan Naib Presiden 1 dan 2 yang disandang sebelum ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Ranaco Education and Training Institute, Ahmad Firdhaus Ramlan serta Ketua Pegawai Eksekutif Murni International College, Dr Ramlee Mohd Junus masing-masing dilantik sebagai Setiausaha Agung dan Penolong Setiausaha Agung.

Naib Canselor University College MAIWP International, Profesor Dr Wan Azizi Wan Sulaiman sebagai Bendahari Agung dan penolongnya disandang oleh Ketua Eksekutif MSU College, Mohd Adnan Rosley.

Pada majlis yang dihadiri lebih 56 orang perwakilan mewakili 39 daripada 54 IPTS milikan penuh bumiputera yang menganggotai PKIBM, seramai tiga Ketua Pegawai Eksekutif lain turut dipilih sebagai ahli jawatankuasa eksekutif bagi penggal 2023/2026.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!