'Datuk Roy' bebas dengan jaminan SPRM, ditahan semula kes lain

Ahli perniagaan dikenali sebagai 'Datuk Roy” akan ditahan semula bagi kes lain.
Ahli perniagaan dikenali sebagai 'Datuk Roy” akan ditahan semula bagi kes lain.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan dikenali sebagai "Datuk Roy” yang direman tiga hari bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan program Jana Wibawa, dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis.

Peguam Fahmi Abd Moin memberitahu pemberita bahawa Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim membebaskan individu berusia 54 tahun itu selepas pihak SPRM tidak mengemukakan permohonan untuk lanjutan reman.

"Anak guam saya akan dibawa ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya esok bagi permohonan reman untuk kes lain,” kata peguam itu.

Pada Isnin lepas, lelaki itu telah menyerah diri di pejabat SPRM Kuala Lumpur pada 2.30 petang, sebelum direman selama tiga hari bermula Selasa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 atas kesalahan menerima rasuah. - Bernama.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!